Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, November 11, 2016

KEM BASIC 2016 (SR) Daerah Kuala Selangor

Alhamdulilah

Selesai sudah Kem BASIC SR 2016 yang telah diadakan pada 9-10 November 2016 (Rabu-Khamis) di KSCC Jeram Selangor.

Terima Kasih kepada semua pihak terutama Ustaz Nordin bin Ramli dan Ustazah Zakiah binti Ismail (Pegawai PI PPD Kuala Selangor) yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan kepada kami barisan Jurulatih-jurulatih Dakwah Kuala Selangor dalam menguruskan kem 2 hari 1 malam.

Alhamdulilah, jumlah peserta yang yelah menghadiri kem BASIC ini sangat memuaskan iaitu seramai 99 orang murid sekolah rendah.Pelbagai aktiviti telah dilalui mereka . Semoga mereka mendapat ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Barisan Tenaga Pengerak Kem BASIC 2016

Aktiviti disepanjang Kem BASIC SR : 
Terima Kasih Sahabat-sahabat Jurulatih..antum terbaik...

#selamatmajujaya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...