Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Oktober 14, 2017

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam
Bismillahiwalhamdulilah..
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS Siri 2 bagi tahun 2017.

Sekalung Penghargaan Terima Kasih dan Tahniah buat teamku PPI dan Bahasa Arab iaitu Ustaz Shamsudin Che Hussin,Ustaz Mohammad Helmi Abd Rahman,Ustaz Mohd Yusof Lazim,Ustazah Noranizah Jaini,Ustazah Siti Narimah Mohd Salleh,Ustazah Rosidawati Manaf,Ustazah Najihah Saharoni dan Ustazah Rinairyani Ahmad. Juga tidak dilupakan Barisan Pentadbir SKI dan Semua Warga Pendidik SKI yang turut sama membantu dalam kelancaran program ini.
Semoga usaha kecil kita itu dapat manfaatnya untuk anak-anak SKI dan menjadi syafaat untuk kita di akhirat nanti..aamiin.

Saya ingin memohon maaf kiranya ada kelemahan yang tidak disengajakan di sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Penyelaras KBS bagi tahun 2017 ini..Sesungguhnya banyak pengalaman dapat di gali oleh saya dalam mengendalikan KBS ini..dan yang paling berharga adalah dapat melihat kemenjadian murid-murid melaksanakan solat dengan sempurna walaupun saya tahu tak semua murid menguasai dengan sempurna namun proses pembelajaran wajar mereka lakukan dari masa ke semasa..Apa pun yang pasti dapat berganding bersama-sama team Agama Islam dan Bahasa Arab yang sentiasa mendokong saya..kalian adalah team Terbaikku..Alhamdulilah.
#kearahibadahsolatyangsempurna
#j-QAFtanpaGAGAL

Rabu, Oktober 11, 2017

Jamuan Akhir tahun 2017 : PPIM SKI

Salam
Bismillahiwalhamdulilah..
Sekalung penghargaan  Terima Kasih dan Tahniah dari saya selaku ketua Pergerakan Puteri Islam SKI kepada semua anak Puteri Islam SKI terutama kepada semua Pentadbir SKI juga semua guru pimpinan Puteri Islam SKI yang terdiri daripada : Ustazah Noranizah,Ustazah Rosidawati,Ustazah Rinairyani,Cikgu Norhudha,Cikgu Rosnah Seman dan Cikgu Mai Salama.
Semoga aktiviti PPIM yang telah kita jalankan sepanjang tahun 2017 ini mendapat manfaat dan kebaikan buat semua anak puteri Islam kita..insha-Allah.
#PPIMmajubersama SKI
#selamatmajujaya

Selasa, Oktober 10, 2017

TOT NKIW KEBANGSAAN 2017

Salam
Bismillahiwalhamdulillah..
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..
Alhamdulilah..berakhir sudah TOT untuk Jurulatih Dakwah SPI Selangor di Nur Laman Bestari ,Ulu Yam, Selangor.Ia telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 9-10 Oktober 2017 bersamaan hari Isnin-Selasa.
mesyuarat pelaksana NKIW 2017
Barisan Jurulatih NKIW
Allahuakbar..banyak sungguh ilmu yang dipelajari disini bersama-sama dengan sahabat Jurulatih yang insha-Allah untuk Nadwah Kepemimpinan Islam Wasatiyyah pada kali ini akan dikemudi oleh Komanden Kem (KK) Al-Fadhil Ustaz Zulkifli bin Hamat, Pegawai BPI,KPM dan akan dibantu bersama 20 orang Jurulatih Dakwah,JPN, Selangor.
Terima Kasih semua atas perkongsian dan perbincangan secara detail dalam melaksanakan NKIW pada hujung oktober ini..insha -Allah.
Moga TOT tersebut dapat membantu kita melaksanakan NKIW Zon Tengah peringkat Kebangsaan tahun 2017 ini dengan lancarnya..insha-Allah..aamiin
Salam :

#nkiw2017
#selamatmajujaya

Sabtu, Oktober 07, 2017

Tetamu berkunjung..

Salam
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..
Bismillah walhamdulilah..
semalam hari Jumaat (6.10.2017) , kami menerima tetamu dari JPS Selangor yang diwakili oleh ustaz Hishamuddin dalam tugasan beliau memantau perkembangan Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bahasa Arab SKI.

Terima Kasih ustaz Hishamuddin atas segala pandangan dan nasihat kepada kami dalam memperbaiki dan memperkasakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk murid-murid SKI .

Terima Kasih juga kepada team PPI dan Bahasa Arab SKI yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama baik dalam memperkuatkan Unit kita di sekolah ini.

Semoga sumbangan kecil kita itu dapat Rahmat dan Diredhoi Allah taala.aamiin.

#GPItanpaGAGAL
#j-QAFtanpaGAGAL
#bersamamenghidupkanBahasaARAB

Jumaat, September 29, 2017

Sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat SKI

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Alhamdulilah, telah diadakan Majlis di atas dengan jayanya..

Aktiviti : Pertandingan Perarakan Maal Hijrah, Ceramah Maal Hijrah dan Pemberian Bubur Lambok kepada warga SKI.

 Terima Kasih dari kami team Panitia Pendidikan Islam SK IJOK 2017:
#salamTahunBARUHijrah 1439H
#selamatmajujaya

Khamis, September 21, 2017

Cerita hari ini..

Salam
Cerita nya :
21.9.2017 / Khamis / SK IJOK

 1. Kem Cemerlang Jawi siri 2

 2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL

3. Maal Hijrah 1439H (bacaan doa akhir dan awal tahun pada petang ini)

#alhamdulilah..

KCJ Siri 2 2017

Salam
dilampirkan foto KCJ Siri 2 yang telah diadakan pada 21.9.2017/ Khamis/ Dewan Rafulin SKI :
TAHNIAH!! anak-anak Cemerlang KCJ..
alhamdulilah...

Terima kasih team Panitia Pendidikan Islam yang terdiri daripada Ustaz Shamsudin,Ustaz Mohd Helmi,Ustaz Mohd Yusof,Ustazah Noranizah, Ustazah Najiha,Ustazah Rinairyani,Ustazah Rosidawati,Ustazah Aini dan Ustazah Siti Narimah serta tidak dilupakan kepada semua Pentadbir SKI dan semua guru SKI.Moga usaha kecil kita itu mampu mencelikkan anak-anak kita dalam mempelajari Jawi..insha allah..aamiin

#loveJAWI
#sukabelajarJAWI

Khamis, September 14, 2017

Bengkel Modul NKISS

Salam
Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah.
Alhamdulilah,hari ini saya diberi peluang menghadiri Bengkel Pemurnian Modul NKISS Wasatiyyah Kebangsaan 2017 di Cyberjaya,Selangor.
Terima Kasih kepada pihak pengurusan Dakwah,BPI,KPM yang telah memberi ruang dan peluang kepada saya dalam menimba ilmu dalam penggubalan modul Kepemimpinan Islam bersama sahabat-sahabat Jurulatih dari negeri-negeri yang berbeza di Malaysia.
Semoga hasil dapatan daripada bengkel ini tadi dapat memantapkan lagi pelaksanaan kem kepemimpinan Islam di masa hadapan.Insha-Allah.

Alhamdulilah..
#menjanakepemimpinanRabbani
#alhamdulilahdapatsarapanpagidiCyeberjayaSEDAPnasilemaknya..
#semogaberjaya

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...