Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Mac 30, 2017

Nadwah Kepemimpinan Islam (SABK/SMKA/SMK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Alhamdulilah...sekali lagi tahun ini saya di beri IzinNYA dapat menyertai program Anjuran SPI,JPS iaitu Kem Nadwah Kepemimpinan Islam bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 yang bersekolah menengah di Negeri Selangor.

Alhamdulilah, kem selama  tiga hari ini bermula 28-30 Mac 2017 telah dibuat di ILDAS,Sabak Bernam. Pada kali ini team Jurulatih Utama Dakwah,JPS telah diberi amanah oleh pihak Sektor Pendidikan Islam dibawah ketua Jurulatih Ustaz Mohd Fadli dan di telah digalas oleh Ustaz Abdul Hadi selaku Ketua Program bersama-sama barisan Jurulatih yang lain yang terdiri daripada Ustaz haji Kamil,Ustaz Amir,Ustaz Sarip, Ustaz Azwar, Ustazah Razila,Ustazah Siti Fatimah,Ustazah Siti Salwa, Ustazah Jamilah dan termasuk lah saya Ustazah Aini.
Barisan Jurulatih Dakwah yang penuh dedikasi dalam tugas
Penyertaan peserta pada kali ini adalah seramai 81 orang pelajar. Pelbagai slot telah diadakan  dan Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan objektif kem terlaksana dengan baik apabila kami dapat memilih seramai 20 orang pelajar yang akan kami bawa ke peringkat Kebangsaan nanti.Insha Allah.
Semoga kem ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak .
Dan ucapan Terima Kasih kepada pihak ILDAS dan JPS atas kemudahan yang diberikan kepada kami dalam menjalankan tugas 3 hari 2 malam dengan baik.
#terimakasihsemuaanak-anak NKI 2017 ..ustazahsayangkalian
#alhamdulilahdahselesai
#bersediauntukkeperingkatKEBANGSAAN..moga dimudahkan urusan oleh ALLAH untuk kami..aamiin.

Sabtu, Mac 18, 2017

Mesyuarat Agong PIBG 2017

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Malam ini berlangsungnya Mesyuarat Agong di dewan Rafulin SK Ijok

#PIBGmajubersamaSEKOLAH
#semogaberjaya

Jumaat, Mac 17, 2017

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kuala Selangor 2017 (Tokoh)

Salam

Hari Terakhir Kejohanan ....17.3.2017/Jumaat

Dilampirkan ..
Tahniah semua atlet Kuala Selangor (Rendah dan Menengah)
Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan Kejohanan ini.

Maaf atas kekurangan.
Dari Kami team Urus setia SK Ijok 2017
-- Cikgu Shahidan (GB)/Cikgu Johari/Cikgu Wan/Cikgu Tahrin/Ustaz Helmi/Cikgu Syuhaira/Cikgu Rosnah/Ustazah Narimah/Ustazah Aini/Cikgu Rafidah/Cikgu Rahimah/Cikgu Sahariah

#majusukanuntuknegara
#selamatmajujaya

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kuala Selangor (Perasmian )

Salam

Dilampirkan suasana Perasmian Kejohanan oleh Dato' Mohd Shahrizal bin Haji Sahri (Pegawai Khas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) pada 16.3.2017/Khamis

#selamatmajujaya

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kuala Selangor BHG 4 (Hadiah)

Salam

dilampirkan sebahagian Pemenang-pemenang Kejohanan :
Sambungan...

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...