Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Mac 12, 2017

Gotong royong Surau Al-Ulum SKI

Salam
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Alhamdulilah,semalam 11.3.2017/Sabtu, kami team PPI telah bergotong-royong dalam membersihkan surau dan mengemaskini pengurusan Surau..Walaupun kami agak sibuk dengan urusan masing-masing tetapi Alhamdulilah dimudahkan Allah untuk kami dalam meneruskan aktiviti yang telah dirancang dalam pengurusan PPI bagi tahun 2017 iaitu aktiviti Gotong royong sekaligus LADAP untuk kami dalam hal ehwal pengurusan Surau.
Terima Kasih semua sahabat yang telah melancarkan aktiviti ini..iaitu Ustaz Yusof,Ustaz Helmi,Ustaz Shamsudin,Ustazah Rina,Ustazah Aini,Ustazah Ida dan Ustazah Narimah.

Semoga usaha dan amalan kita itu mendapat keberkatan dari Ilahi.aamiin

#jommeriahkansurau
#selamatmajujaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Aidilfitri 1438H -family-

Salam Alhamdulilah...Allahuakbar...Terima Kasih ya Allah.. #salamlebaran2017 #maafzahirbatin