Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, April 29, 2017

Lawatan ke KL

Salam..

Hari ini 29.4.2017/Sabtu telah dibuat lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Ia adalah program dibawah Unit Sejarah bekerjasama dengan Unit Bahasa Arab. Antara tempat yang dilawati ialah Planetarium Negara,Kompleks Kraftangan dan Bakery Kek.

Terima Kasih kepada semua cikgu yang telah pergi bersama iaitu cikgu Huda,cikgu Asmira,cikgu Rahimah,cikgu Rosnah,cikgu Rafidah, Ustazah Rina dan cikgu Syu...juga terima kasih kepada fasilitator lawatan yang telah dipanggil untuk menguruskan lawatan kami sehingga keakhirnya.

Semoga lawatan itu tadi memberi input-input positif kepada murid-murid dalam menambah ilmu dan pengetahuan.

Terima Kasih semua.
 Planetarium Negara
 Kompleks Kraftangan
 Bakery Kek
#gembirasemuanya
#enjoycutisekolah
 Guru pengiring lawatan...
Selamat Bercuti semua....1.5.2017 nanti....
#mukapenat...
#jomrehat....

Jumaat, April 28, 2017

Acara Merentas Desa peringkat SKI 2017

Salam..
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Telah berlangsung Acara merentas desa peringkat SKI pada 28.4.2017/Jumaat..
Tahniah!!! anak-anak rumah sukan Kuning...
 Tahniah!!!
#majusukanuntuknegara
#alhamdulilah!!
 bersama cikgu Nik...bertugas dalam menjaga check point....
#selamatmajujaya

Khamis, April 27, 2017

Kem Cemerlang Jawi (KCJ) Peringkat SKI 2017

Salam

Pada 21.4.2017 (Jumaat) dan 25.4.2017 (Selasa) bertempat di Dewan Rafulin dan Pusat Sumber SKI telah diadakan KCJ bagi murid-murid Islam terpilih yang seramai 40 orang . Ia adalah program untuk memantapkan kemahiran asas jawi. Semoga ia dapat membantu murid-murid dalam suka belajar jawi.

Terima Kasih semua guru-guru agama yang terlibat.

#jomcelikjawi
#sayasukabelajarjawi

Isnin, April 24, 2017

Nadwah Kepemimpinan Islam Peringkat Kebangsaan kali ke 2, 2017

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Alhamdulilah, tiada lafaz pujian hanya untukMU Ya Allah...

 "MENJANA KEPEMIMPINAN RABBANI"
NKISS KPM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2 2017
Ceritanya :-
Telah selesai program NKISS Peringkat Kebangsaan kali ke 2 2017 yang telah berlangsung di SAMTAJ,Shah Alam pada 20-23 April 2017 (Khamis - Ahad) dengan perjalanan nadwah 4Hari 3Malam dalam keadaan penuh Cemerlangnya.
Terima Kasih kepada semua pihak yang telah bekerja bertungkus lumus dalam menjayakan program ini terutama semua kakitangan warga Pendidik KPM seluruh negeri di Malaysia ini.

Sisipan sebahagian foto Indah NKISS Kebangsaan 2017 :
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya : Ice breaking, ucap utama, Ceramah Kepemimpinan dan Komunikasi Berkesan,Rehlah Qiyadiah,LDK : Aku Seorang Pemimpin (Kajian Kes),Forum Imam Muda, Kuliah Ringkas,Pembentangan dalam Kumpulan, Qiamullail dan sebagainya.
 Deklarasi Kepemimpinan oleh Semua peserta NKISS peringkat Kebangsaan 2017

Terima Kasih kepada team Jurulatih Dakwah SPI,JPS dibawah tunjuk Ajar Ustaz Mohd Fadzli selaku Ketua Program untuk NKISS Kebangsaan 2017. Kalian adalah inspirasiku dalam tugas penyebaran dakwah ini..Semoga Ukhuwah akan terus mekar antara kita..Insha Allah..Sayang kalian semua :
Antara perkara paling manis buat saya apabila ada peserta NKI ini telah menjadi peserta Kepemimpinan Terbaik dan ada yang terlantik menjadi ahli panel forum Imam Muda..Allahuakbar...bahagia rasanya melihat anak-anak ini..moga kalian akan terus dilindungi Allah dan menjadi pemimpin Taqwa pada masa hadapan.
 adik Asma, salah seorang panel dalam forum Imam Muda
adik Anis, penerima Kepemimpinan terbaik kategori Peserta Perempuan

Alhamdulilah..
#menjanaKepemimpinanRabbani
#sayangkaliansemua
#terimakasihteamgerak kerjaNKISS
#selamatmajujaya

Rabu, April 19, 2017

Kursus TOT Jurulatih Dakwah ,SPI,Selangor

Salam,

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah
pada 18-19 April 2017 di Kuala Selangor Cabin Camp, Jeram telah diadakan TOT untuk semua Jurulatih Dakwah Pendidikan Islam negeri Selangor.
Alhamdulilah, satu ilmu dan pengalaman untuk saya timba..bersama teman-teman seperjuangan dakwah yang amat saya kagumi..dan pada TOT kali ini amat penting bagi kami Para Jurulatih kerana pada tahun ini sekali lagi Negeri Selangor menjadi tuan rumah untuk Program Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam peringkat Kebangsaan 2017. Maka, kami telah diberi taklimat mengenai perjalanan program tersebut dan Moga Allah memberi kemudahan untuk kami apabila program tersebut diadakan pada 20-23 April 2017 di SAAMTAJ Shah Alam.Insha Allah ..aamiin.

#terimakasih Ya ALLAH...
#alhamdulilah..terbaik teamDakwah
#selamatmajujaya NKI Kebangsaan Selangor 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...