Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, April 14, 2017

Kem Bestari Solat Siri 1 Peringkat SKI tahun 2017

Salam Jumaat yang penuh Rahmat dan Berkat ini...
Alhamdulilah, hari ini telah berlangsung KBS siri 1 yang melibatkan semua murid Islam tahap 1 SKI.

Saya selaku Penyelaras KBS ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pihak yang telah menjayakan KBS itu tadi sehingga berjalan dengan lancarnya dan jutaan Terima Kasih buat semua guru yang telah menjadi fasilitator terutama team agama saya yang terdiri daripada Ustaz Shamsudin,Ustaz Yusof,Ustaz Mohammad Helmi,Ustazah RinaIryani,Ustazah Rosidawati, Ustazah Najiha dan Ustazah Siti Narimah.Semoga Allah membalas sumbangan kalian itu tadi dengan rahmat keimanan dan kesihatan yang baik serta bahagia dunia dan akhirat..aamiin.

Antara aktiviti yang telah dijalankan itu :
1.Bicara 1 : Teori Wudhuk
2.Bicara 2 : Niat Solat dan Bacaan Ringan dalam solat
3.Amali Wudhuk
4.Amali Solat Subuh berjemaah
Bicara 1 : Teori Wudhuk
Bicara 2 : Niat solat dan Bacaan Ringan Dalam Solat
Amali Wudhuk
Amali Solat Subuh berjemaah
Penyampaian Hadiah peserta terbaik setiap kelas
ALHAMDULILAH....

Sebahagian guru-guru yang terlibat membantu menjayakan KBS Siri 1/2017
 Tinta kalam penuh Ikhlas dari saya : Ustazah Aini...

Terima Kasih semua warga SKI dan Ibubapa tahap 1/2017...

#kearahibadasolatyangsempurna
#jomPeratiSOLATanak2kita
#alhamdulilahmisiKBSpertama BERJAYA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...