Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, April 07, 2017

Lawatan Sambil Belajar (tahun 6) : MRSM TERENDAK MELAKA 2017

Salam
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Alhamdulilah, semalam 6.4.2017/Khamis, team Bimbingan dan Kaunseling SKI bersama Unit Kecemerlangan UPSR Tahun 6 telah bergerak ke Melaka bagi mengikuti program Motivasi untuk anak-anak tahun 6 2017.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya terutama team tahun 6 : Cikgu Nik,cikgu Zaiton,cikgu Roslaila,cikgu Tahrin,Ustazah Aini,cikgu Rosnah Seman dan cikgu Khazran.Tak dilupakan kepada pihak Pentadbir SKI bersama PIBG juga pihak MRSM Terendak.

Semoga lawatan sehari itu mampu memberi motivasi kepada anak-anak tahun 6 2017 dalam menggapai impian untuk mendapat 6A dalam UPSR nanti..Insha ALLAH..aamiin.

bertolak dari SKI:
di MRSM Terendak,Melaka:
 di Dataran Pahlawan :
#bersamamenggapaiimpian 6A UPSR 2017 

Ingat Pesanan Ayahanda Pengetua MRSM Terendak, "Gred A akan kita perolehi secara tidak langsung sekiranya SAHSIAH kita adalah A" maknanya SAHSIAH diri kita dulu perlu gred 'A' baru secara tidak langsung pencapaian AKADEMIK kita juga pasti gred 'A'

#selamatmajujaya

sisipan foto bersama my best fren : cg Nik Maizatul Akmam bt Nik Adib, guru Bimbingan dan Kaunseling SKI
kenangan di Melaka:

#bestofluck anak-anakSKI 6A UPSR 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KCJ Siri 2 2017

Salam dilampirkan foto KCJ Siri 2 yang telah diadakan pada 21.9.2017/ Khamis/ Dewan Rafulin SKI : TAHNIAH!! anak-anak Cemerlang ...