Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, April 08, 2017

Majlis KAMIL Zon Timur daerah Kuala Selangor 2017

Salam
Alhamdulilah, hari ini sedang berlangsung Program Kemahiran Amal Islam peringkat Zon Timur di SRA Puncak Alam. Saya telah diberi amanat untuk menjadi hakim bagi acara Kalam Jamaie Bahasa Arab. Terima Kasih kepada Pihak penganjur atas jemputan dan kepercayaan kepada saya untuk terus bertugas menghakimi dalam acara kalam Jamaie..
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya dan akan terus ke peringkat daerah yang akan berlangsung pada hujung bulan April ini.Insha Allah.

Beberapa detik ketika saya dalam proses menghakimi peserta, melihat dan merenung raut muka anak-anak ini terasa syahdu dalam hati. Ini kerana wajah mereka sangat suci dan hati yang benar-benar ikhlas bersemangat dalam menunjukkan aksi ketika persembahan sedang dilakukan...Terasa sangat indah melihat mereka, tiada dosa, bergembira menikmati zaman kanak-kanak....kadang-kadang saya merasa cemburu kerana sudah berlalu zaman kanak-kanak dan sekarang melalui zaman yang sangat berat..Buat Baik dan Jahat sudah pasti ada tempatnya di akhirat nanti.Ya .Allah..Moga ENGKAU selalu berada bersamaku..melindungi dan menjagaku. aamiin.


#selamatmajujaya
#terimakasihsemua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Bersara...

Salam Alhamdulilah... Selamat Bersara cikgu Zakaria bin Shafie...Terima Kasih cikgu Zack... #selamatberehatdaritugas-tugaskeguru...