Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Mei 17, 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ianya adalah tarikh keramat 16 Mei 2017 /Selasa yang merupakan Sambutan Hari Guru. Rasanya kebanyakan sekolah di Malaysia ini meraikannya.

Terima Kasih kepada semua guruku yang telah mendidik diri ini sedari kecil sehinggalah sekarang.Semoga Allah sentiasa melindungi kalian dimana berada.aamiin.

Terima Kasih juga untuk anak-anak murid SKI yang telah memberiku hadiah dan doa..Semoga kalian sentiasa maju dalam diri dan menjadi murid yang berakhlak dan berguna untuk agama,bangsa dan negara.

Dilampirkan foto program semalam :
Aktiviti : Ucapan dan Bacaan Perutusan,Ikrar dan Nyanyian Hari Guru,Pelancaran C-MATH@VLE,Penyerahan hadiah oleh murid kepada guru-guru,Sukaneka Guru,Penyampaian Hadiah,Persembahan guru dan murid serta Jamuan

 Selamat Hari Guru 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa
#shh..ilovesahabatguruSKI
#gurupembinanegarabangsa
#selamatmajujya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...