Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Julai 24, 2017

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan Sembilang Resort & Training Center,Jeram Selangor.
Namun Memori suka duka disana selama 3 hari 2 malam masih terpateri di minda ini..tidak banyak dukanya tetapi teralih kepada pengalaman yang boleh dikongsi bersama-sama teman-teman guruku.
Terima Kasih kepada Pentadbir SKI, dan juga Penyelaras tahun 6 iaitu cikgu Zaiton Fatimah atas kepercayaan untuk saya memegang sekali lagi jawatan Ketua Komandan Program pada tahun ini. Oleh yang demikian, setelah mendapat tugasan di awal tahun,maka bermula dibenak fikiran saya untuk merancang sebaik-baiknya berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui sahabat-sahabat jurulatih dakwah SPI,Selangor yang banyak membantu saya merangka strategi yang berkesan untuk program Transformasi anak-anak Juara tahun 6 SKI.
Pada tahun ini agak payah bagi saya apabila melihat kumpulan sasar peserta tahun 6 yang agak bermasalah dan punyai pelbagai recam sikap yang sangat menguji kesabaran fizikal dan rohani .
Namun,berbekalkan semangat dakwah kerana Allah, saya dapat dibantu oleh team guru-guru tahun 6 terutamanya guru Bimbingan dan Kaunseling SKI iaitu Cikgu Nik Maizatul Akmam bersama Cikgu Johari dan guru-guru pelatih UNISEL juga tidak dilupa semua warga pendidik SKI yang lain.Oleh itu,Perjalanan mencari 'THE CHAMPION' bermula pada petang hari Jumaat sehingga lah petang hari Ahad berjaya dilestarikan dan mencapai objektif yang disasarkan.
Sebahagian Team guru tahun 6 

Fasilitator Pelatih UNISEL : Najat Syahirah bt Ahmad Zais, Siti Nur Aqilah bt Ahmad Saufi, Sharveshwary Siva dan Nurshuhada bt Saffie
Secara jujurnya, KTJ  pada kali ini amat ringan sedikit bagi saya kerana suasana resort membantu kelancaran setiap aktiviti yang dirancang.di tambah lagi peranan semua Jurulatih,TKP1,TKP2,barisan Fasilitator UNISEL yang amat membantu dalam mengurangkan masalah yang dihadapi.
Peranan Pentadbir SKI/PIBG -- membantu memberi idea kepada KP dan team Kecemerlangan tahun 6 2017
Peranan Penyelaras tahun 6 -- memudahkan urusan surat menyurat dan keperluan KTJ
Peranan TKP1 dan TKP2 -- membantu menambah apa yang kurang dan terlupa oleh KP
Peranan Fasilitator UNISEL -- membantu KP dalam pengurusan peserta
Peranan Warga Pendidik SKI -- membantu membekalkan makanan tambahan untuk kami para petugas sepenuh masa dan pemberi motivasi kepada KP
ALHAMDULILAH..ringkasnya semua pemain peranan penting ini memberi motivasi dan perangsang positif atas KEJAYAAN kem Transformasi Juara tahun 6 pada kali ini. Semoga ALLAH merahmati kalian dunia dan akhirat..aamiin.
Kepada anak-anak tahun 6 , semoga kalian dapat menfaat daripada kem ini..dan Terima Kasih kerana memberi respon positif  sepanjang dibawah seliaan KP.Semoga hasrat kalian menjadi THE CHAMPION 6A UPSR tercapai ..aamiin.
Terima Kasih kepada semua ibu bapa tahun 6 yang tidak memberikan kami masalah dan sentiasa menyokong atas usaha  kami dalam Kecemerlangan anak-anak Juara tahun 6 ini.
Selamat Maju Jaya semua anak-anak Juara tahun 6 2017
Salam Perjuangan 6A ..Ketua Komandan Program (Ustazah aini)...
#journeyoftheCHAMPION 6A UPSR

Khamis, Julai 20, 2017

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...