Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Ogos 11, 2017

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Barisan Pelaksana PRC 2017

Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 8-10 Ogos (Selasa-Khamis) di ILDAS Sabak Bernam dengan kehadiran peserta seramai  82 orang yang bersekolah  di sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Selangor.

Sekalung ucapan Terima Kasih kepada pihak Sektor Pendidikan Islam,JPS, Pihak pengurusan ILDAS dan Barisan Jurulatih-jurulatih Dakwah,SPI yang telah bersama-sama merancang dan melaksanakan kem ini dengan jayanya.

Tahniah kepada semua!!!
Barisan Peserta Lelaki dan Perempuan PRC
Semoga Allah merahmati kita semua dan mejadikan kita insan yang berguna dunia dan akhirat.

Lampiran foto PRC :--
Salam Sayang Kepemimpinan :---
Yang berdiri : Ustaz Fairus,Ustaz Kamil,Ustaz Mazlan,Ustaz Roza,Ustaz Nurisman,Ustaz Fadlee,Ustazah Zarina,Ustazah Salwa,Ustazah Aini dan Ustazah Rugayah
Yang Duduk : Ustaz Nasaruddin dan 2 orang Pegawai ILDAS
#tiada dalam gambar : Ustazah Asma

#selamatmajujaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...